TOP Perodua Dealer in Klang

TOP Perodua Dealer in Klang
Hye! Want 2 Know more About Me Call me Maria 0176236806

Pakej Pengikalanan paling hangat!

Jika Anda Serius Menjana Pendapatan Harian Anda.. Berikan Saya Beberapa Minit Berharga Anda Untuk Menerangkan Satu Peluang Bisnes.. "Sebentar Lagi Anda Akan Ditunjukkan Satu Peluang Bisnes Yang Akan Membantu Anda Menjana Pendapatan Harian Anda!" ads4bucks AMARAN! Peluang ini hanya bagi mereka yang benar-benar SERIUS untuk mengubah tahap kewangan. Jika anda rasa anda sudah mempunyai tahap kewangan yang baik, sila tinggalkan website ini dengan SEGERA dan anda tidak perlu menghubungi saya kerana saya juga tidak akan melayan mereka yang hanya suka-suka untuk menghubungi saya. Mariana-0176236806 bucks

PROGRAM TERHANGAT MODAL RM10 INCOME RM 38,000 !!!

Borang Penyertaan Ads4bucks

Join ads4bucks

Name:
ic/passport no :
E-Mail:
Address Line 1:

City:
State:
Poscode:
Phone/Hp:

Nyatakan matlamat anda Dalam ads4bucks

Form Processing - Powered by FormBuddy.com

JIMAT MINYAK DUIT BANYAK

JIMAT MINYAK DUIT BANYAK
JIMAT MINYAK DUIT BANYAK

Tuesday, January 26, 2010

Syarikat Malaysia beli freindster .

Mungkin ramai sudah ketahui yang mana Friendster telah pun dimiliki oleh syarikat daripada Malaysia, MOL Global, dan ianya diura-urakan yang mana Friendster telah dimiliki pada harga lebih kurang $100 juta, namun sebenarnya, ianya dimiliki pada harga hanya 39.5 juta sahaja.

TechCrunch melaporkan, yang mana beberapa sumber-sumber boleh dipercayai mengatakan yang mana Friendster hanya dibeli pada harga $39.5 juta, dan hanya bernilai $26.4 juta selepas menolak beberapa kos sebanyak $13.1 juta. Amat mendukacitakan kerana sebelum ini, Friendster dikatakan bernilai antara $98 juta hingga $273 juta, dan ianya telah dijual pada harga kurang $40 juta sahaja.

Sebelum ini, pada tahun lepas, Friendster telah ditawarkan sebanyak $150 juta, tetapi telah ditolak oleh pihak Friendster, dan pada tahun 2003 mereka telah menolak tawaran Google yang bernilai sebanyak $30 juta. Buat masa ini, masih tiada angka rasmi daripada pihak Friendster dan juga MOL Global.

lihat video kontroversi kekejaman Israel dalam
http://utusanjamanedan.blogspot.com
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=5093&highlight=

Monday, January 25, 2010

Petronas tak pernah bayar zakat Ar-Rikaz

Minyak... suatu elemen yang cukup penting dalam kehidupan
seharian rakyat di Malaysia dan juga di seluruh dunia. Bebaru ini
kita dikejutkan dengan kenaikan harga minyak petrol dan diesel
paling tinggi dalam sejarah Malaysia. Sememangnya ia menimbulkan
kegusaran dan tidakpuashati masyarakat dengan tindakan kurang popular ini.
Namun, apa jua yang berlaku merupakan satu ujian untuk kita semua
untuk mencuba sekurang-kurangnya usaha untuk meminimumkan
pengunaan minyak dengan lebih berkesan. Di dalam report ringkas saya ini
cuma akan fokus kepada jalan penyelesaian yang boleh dipraktikkan dengan
mudah. Kesemua tips ini merupakan himpunan idea daripada pelbagai
sumber dan web automotif yang sempat saya kumpulkan buat masa ini.
Apa yang penting adalah kita gunakan dan amalkan sebaik mungkin.
Minyak merupakan salah satu unsur yang akan kehabisan suatu hari nanti.
Ataupun kos mengeluarkan minyak dari perut bumi akan semakin mahal dan
tidak praktikal untuk dijual semula.
Tambah lagi spekulator minyak di pasaran Future Trading sentiasa
memanipulasi harga minyak untuk keuntungan dan ketamakan mereka. Ini
terjadi terutamanya puak Freemasonry di kalangan tokei-tokei Yahudi
menguasai pasaran minyak Arab dan menjadikan ia emas hitam untuk
agenda kapitalisme mereka. Minyak Arab ditukar menjadi menjadi
petrodollar dan membantu Yahudi untuk menindas orang lain di Palestin dan
juga negara-negara lain yang terpaksa membayar harga yang mahal kerana
bergantung kepada minyak negara-negara Arab.
Malaysia merupakan antara negara pengeluar minyak berkualiti dengan
kandungan sulfur yang rendah. Sepatutnya Malaysia mempunyai kadar
harga minyak yang lebih rendah dan lebih kurang sama dengan negara
pengeluar minyak di dunia. Tidak boleh dibandingkan dengan negara-negara ASEAN lain yang tidak mengeluarkan minyak. Tambahan pula PETRONAS mempunyai untung berbillion ringgit yang tidak pernah membayar zakat
hasil bumi ar-Rikaz sejak di awal penubuhannya.

Artikel sumbangan fahmy

http://serinarich.blogspot.com

Petua dan cara jimat minyak-Siri 2

CARA #3
Isi minyak semasa tangki separuh penuh. Ini kerana
lagi banyak baki minyak dalam tangki akan
mengurangkan kapasiti ruang udara sekaligus anda
akan dapat lebih petrol dalam tangki yang lebih
optimum.
CARA #4
Kurang beban atau berat – Jangan bawa barang yang
tidak perlu (kereta anda bukan stor). Penambahan
berat sebanyak 50 kilogram meningkatkan
penggunaan minyak sebanyak dua peratus.
CARA #5
Perhatikan tayar anda, mesti ada tekanan angin mesti
betul. Jika tidak, penggunaan minyak bertambah lima
peratus kerana geseran lebihan.
CARA #6
Penyelenggaraan – Penalaan enjin yang teruk
meningkatkan penggunaan minyak hingga lebih 50
peratus. Jangan malas check tahap palam
pencucuh, tali kipas dan penapis udara diperiksa
secara berkala.

http://rmturbo.kitniaga.net

Sunday, January 24, 2010

Rahsia Tarian Poco-poco

Rahsia Tarian Poco-poco
Di syarikat tempat saya bekerja sekarang, pada setiap hari Selasa dan Jumaat selepas waktu kerja, mereka ada adakan latihan senaman. Senaman itu sebenarnya bukanlah senaman biasa, tetapi lebih kepada tarian poco-poco.
Makcik pun menari poco-poco
Saya secara peribadinya tidak menentang aktiviti ’senaman’ ini. Lebih-lebih lagi ianya dilakukan untuk tujuan kesihatan. Tetapi apabila senaman ini tampaknya sudah tidak jadi senaman, sebaliknya hanyalah tarian yang dilakukan untuk berseronok-seronok, maka saya memang tidak setuju.
Tambahan pula, baru-baru ini, saya ada terbaca mengenai satu artikel yang menerangkan tentang rahsia atau asal usul tarian poco-poco yang sangat popular sekarang.
Secara jujurnya, sebelum ini, saya sebenarnya tidak pernah ambil peduli dan tak ambil tahu pun tentang latar belakang, asal-usul dan motif tarian poco-poco ini. Namun selepas membaca 1 artikel ini, membuatkan saya tersentak dan terkejut dengan apa yang diterangkannya.
Saya tidak pasti, apakah info atau maklumat mengenai rahsia tarian poco-poco ini adalah fakta sebenar atau tidak. Tetapi kita sebagai orang Islam sewajarnyalah mengambil berat tentang dakwaan ini. Kerana kita bimbang, dek kerana kita suka dan ikut sangat tarian ini, kita nanti akan termasuk dalam golongan mereka itu.
Bukankah Nabi SAW dah pesan melalui sabdaan nya ;
“Man tasyabbaha bi qaumin fahua minhum”.
Bermaksud : Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka seseorang itu terdiri dari kalangan mereka) (iaitu kaum berkenaan).
Hadis ini juga secara tidak langsung menggambarkan kepada kita bahawa umat Islam perlu kekal dengan identiti dan jatidiri mereka sebagai muslim. Mereka dilarang dari menyerupai golongan musyrikin disebabkan akidah seseorang muslim itu terangkum tiga dimensi iaitu perkataan, perbuatan dan pegangan.
Jadi, saya berpandangan, jika benar info atau fakta mengenai tarian poco-poco ini, maka kita sebagai orang Islam mestilah meninggalkannya. Tidak usahlah menari poco-poco lagi. Kalau minat dan nak sangat menari, carilah tarian lain.

Rahsia Asal Usul Tarian Poco-poco.
Beri Komen anda disini
http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=212709#212709

Rahsia Tarian Poco-Poco

Alhamdulillah kerana kita semua masih bernafas lagi dgn keizinanNya. Saya ingin berkongsi dgn rakan-rakan semua tantang tarian poco-poco yang sedang hangat ditarikan oleh semua lapisan masyarakat, umumnya masyarakat kita yg beragama islam terutama suri-suri rumah dan badan-badan kerajaan ketika manghadiri kursus.
Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yg berugama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yang membentuk salib.
Mungkin kita tak perasan kerana kita suka mengikut-ikut sesuatu yg baru tanpa usul periksa. Inilah cara musuh-musuh islam mengenakan kita sedangkan kita tahu apabila kita melakukan sesuatu yg menyerupai sesuatu agama maka kita dikira merestui agama itu seperti amalan yoga yg telah difatwakan haram kerana menyerupai agama Hindu. cuma tarian pocoh2 ini belum difatwakan haram lagi. Marilah kita sama2 fikirkan.
Saya dulu pernah terfikir, kenapa tarian itu dimulakan dari kiri? Dan apa jenis senaman ini? Relevankah tarian ini, yang kelihatan seperti tidak siuman?
Saya menyeru kepada diri anda semua supaya mengambil inisiatif untuk tidak lagi ‘menarikan’ lagi tarian ini yang ternyata mensyirikkan Allah tanpa kita sedar. Dan paling utama memohon keampunan daripada Allah S.W.T atas kejahilan kita tentang perkara ini sebelum ini.
Semoga mendapat perhatian pihak berkenaan agar mengkaji secara terperinci tentang kesahihan perkara ini,asal usul dan kesannya kepada akidah umat Islam dan mengeluarkan fatwa tentang tarian ini,agar Umat Islam tidak berterusan di dalam kelalaian dan ‘keasyikkan’ menarikan tarian ini.
Haaa, siapa minat menari poco-poco? Pernah menari poco? Saya dulu pernah gak sekali menari poco-poco, sebab kena paksa ngan boss untuk ikut sama menari dalam satu majlis yang dianjurkan oleh syarikat.
Tapi lepas saya baca artikel ni, saya rasa lepas-lepas ni, saya tak akan lagi menari poco-poco ni. Korang bagaimana?

Saturday, January 23, 2010

CARA-CARA JIMAT PETROL

Di sini saya akan memberikan 20 cara praktikal secara ringkas dan padat
untuk menjimatkan minyak petrol anda dengan mudah. Kita boleh
jimat petrol lebih banyak jika mengetahui dengan lebih mendalam mengenai
pelbagai bahagian teknikal kereta yang sememangnya berkaitrapat antara
satu sama lain.
Panduan ini merupakan asas sahaja untuk orang biasa, sekurang-kurangnya
ia membolehkan kita lakukan sesuatu supaya mendapat lebih petrol dengan
setiap sen yang kita belanjakan.
CARA #1
Isi minyak di waktu awal pagi atau di waktu suhu
sejuk. Ini kerana ia mempunyai kapasiti lebih banyak
cecair petrol pada waktu sejuk berbanding waktu
panas siang hari yang banyak wap sahaja.
Sekiranya anda perhatikan, jika isi minyak di waktu
tengah hari petrol akan meruap lebih cepat dan
membuatkan ia dapat dibau dengan terlalu ketara.
Oleh dengan itu, bagi mengurangkan kerugian petrol
anda ‘hilang’ ditelan angin hendaklah jadikan amalan
mengisi petrol di awal pagi atau ketika cuaca sejuk.
CARA #2
Isi minyak dengan perlahan-lahan (tidak berterusan)
supaya cecair petrol dapat masuk sepenuhnya ke
dalam tangki dan mengurangkan fenomena wap
petrol meruap bebas akan membazirkan minyak anda.